Pemilik pendaftaran AKU 8055 bida harga RM74,000 tapi berhasrat jual RM400,000

IPOH: Seorang lelaki berbangsa Cina yang juga merupakan pemilik nombor pendaftaran baru AKU 8055, atau “AKU BOSS”, yang membida dengan harga RM74,000 berhasrat menjualnya RM400,000.

Ch’ng De Wei mendaftarkan nombor itu pada motosikal jenis Demak EX 50 dan akan menjualnya dengan harga tersebut kepada yang berminat, lapor Kosmo!.

“Dari awal lagi ahli perniagaan berkenaan sememangnya bercadang untuk menjual kembali nombor plat itu bersama motosikal pada harga RM400,000,” kata Bob.

Tambah jurucakap itu, sejak memperoleh plat itu pada julai lalu, mereka telah menerima 10 pemanggil yang mahu memilikinya tetapi belum ada yang sanggup membayar dengan harga dinyatakan..

“De Wei telah menetapkan harga kekal bagi plat tersebut dan dia yakin pasti ada yang mahu mendapatkannya walaupun dengan harga mahal,” katanya.

Setakat ini pihak yang mencari penjual hanya mendapat tawaran tertinggi bernilai RM300,00 dan yakin ada pihak yang berminat membelinya.

Sumber: malaymail online/siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *