Pengetua Selamatkan Pelajar Dari Terjun Bangunan 17 Tingkat

Tindakan pantas seorang pengetua di China telah berjaya menyelamatkan seorang gadis dari cubaan membunuh diri dengan terjun dari bangunan 17 tingkat di Duyun, daerah Guizhou.

Bantuan kecemasan dari pasukan penyelamat juga telah bersedia di atas bumbung untuk menghalang cubaan gadis itu, tetapi gadis itu telah menyuruh pihak bomba untuk berundur. Menurut Shanghaiist, gadis itu berada dalam keadaan “sangat tertekan” kerana dia juga telah menolak larangan kawan dan keluarganya yang cuba menghalang dia dari terjun.

Namun, pengetua sekolah itu telah mengunakan peluang keemasan yang diperolehinya untuk menyelamatkan nyawa gadis itu dengan menarik pakaian seragam gadis itu. Lelaki berani itu telah berjaya mengangkat gadis itu dan meletakkannya di tempat yang selamat.

Sementara itu, kejadian yang sama pernah berlaku di Taiwan pada awal bulan September lalu, namun kejadian itu berakhir dengan kematian kerana murid itu telah terjun sebelum polis sempat menyelamatkannya.

Salah satu faktor utama cubaan bunuh diri dikalangan pelajar sekolah meningkat di China adalah disebabkan oleh tekanan akademik yang pelajar terpaksa lalui. Sebilangan ibu bapa Hong Kong yang bimbang telah mencadangkan supaya pihak sekolah menghadkan masa belajar pelajar supaya mereka bebas daripada tekanan akedemik yang terlalu banyak.

Menurut South China Morning Post, sekurang-kurangnya 90% ibu bapa dan pelajar yang mengambil bahagian dalam kajian pencegahan bunuh diri dikalangan pelajar memilih supaya sekolah melaksanakan “jam belajar yang standard”.

Majoriti respondan kaji selidik itu juga memilih masa standard untuk belajar di maksimumkan kepada tujuh jam atau kurang setiap hari.  Jurucakap Civil Alliance for Student Suicide Preventaion, Lai Pak-yin mengatakan yang sesetengah pelajar belajar terlalu banyak sehingga mereka tidak mempunyai masa untuk bercakap dengan ibu bapa mereka lagi. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *