‘Penggambaran Filem Saya Berjalan Dengan Lancar’ – Shahrukh Khan

Pelakon lelaki paling terkenal Bollywood, Shahrukh Khan mengatakan yang penggambaran filemnya yang akan diarahkan oleh Aanand L. Rai sedang berjalan dengan lancar dan Anushka Sharma juga telah mengesahkan yang dia akan menyertai barisan pelakon filem itu juga.

Filem yang masih tidak mempunyai tajuk itu bakal menyatukan kembali pelakon ‘Jab Tak Hai Jaan’ arahan Yash Chopra pada tahun 2012 iaitu Shahrukh Khan, Anushka Sharma dan Katrina Kaif.

Penggambaran filem itu sedang berjalan. Katrina akan menyertai kami, Anushka juga akan menyertai kami dalam masa satu atau dua hari lagi.  Penggambaran dilakukan di pelbagai tempat dan ia berjalan dengan lancar.

Shahrukh Khan, 51 tahun akan melakonkan watak seorang yang sangat mecabar di dalam filem itu. Selain itu, Khan juga pernah mengatakan yang filem terbarunya itu memerlukan pengunaan VFX yang sangat meluas demi membuatkan filem itu nanti kelihatan lebih menyakinkan.

Namun, tajuk filem itu hanya akan diumumkan pada bulan Disember tahun depan. Sementara itu, apabila ditanya mengenai wanita  terpenting di dalam hidupnya, King of Khan itu mengatakan,

Semua wanita di dalam hidup saya, bermula daripada ibu, isteri, anak perempuan, kakak, semua wanita yang bekerja dengan saya.  Ia sangat panjang, Malah orang yang tidak berkaitan langsung dengan kerja saya juga.

Wanita adalah penting, jadi, jika anda mempunyai anugerah untuk mereka, ia adalah sangat memuaskan.  Bukan sahaja kepada wanita tetapi kepada lelaki yang berdiri seperti saya, yang hanya boleh datang dan memberikan tepukan kepada mereka.

–utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *