Penunggang motosikal maut kemalangan langgar lari

PENUNGGANG motosikal berusia 45 tahun maut dalam kemalangan langgar lari di Jalan Klang-Banting, hari ini.

Dalam kejadian jam 7.55 pagi itu, mangsa Sabran Tahir beralamat di Taman Putra Perdana, Puchong, maut di tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Panglima Garang, Mohd Hafizie Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan 8 pagi tadi.

“Setibanya di lokasi, kami dapati berlaku kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah kenderaan yang dipercayai sudah melarikan diri.

“Mangsa maut di tempat kejadian. Pihak kami kemudiannya membantu mengangkat mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Banting untuk tindakan lanjut.

Sumber – hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *