Penyelidik sahkan penemuan 2 rawatan baru yang menghentikan melanoma

SYDNEY: Penyelidik Australia mengesahkan penemuan gabungan dua rawatan baharu yang mampu menghentikan melanoma, iaitu sejenis kanser kulit daripada terus merebak ke lain-lain organ manusia.

Hasil ujian peringkat antarabangsa yang dijalankan terhadap dua jenis dadah oleh Institut Melanoma Australia yang berpangkalan di Sydney membuktikan keberkesanannya, dalam merawat pesakit tahap tiga yang menjalani pembedahan pemindahan ketumbuhan.

Sehingga kini, pesakit yang berada pada tahap berkenaan terdedah kepada risiko tinggi, iaitu antara 40 hingga 70 peratus sebelum penyakit itu merebak dan akhirnya meragut nyawa.

“Hasil ujian klinikal menunjukkan kami mampu menghentikan penyakit ini dan menghalangnya daripada terus merebak dengan berkesan dan seterusnya mampu menyelamatkan nyawa,” kata pengarah perubatan institut itu, Georgina Long menerusi hasil penyelidikan yang diterbitkan dalam Jurnal Perubatan New England, hari ini. – AFP

Sumber – bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *