Pihak berkuasa Myanmar sebar gambar palsu penduduk Islam Rohingya

YANGON – MYANMAR . Pihak berkuasa Myanmar didakwa terus menyembunyikan jenayah terhadap penduduk Islam Rohingya dan membawa imej palsu dengan memperlihatkan mereka memelihara keselamatan negara.

Laporan akhbar tempatan, Arakan News, Rohingya membakar sendiri rumah mereka, manakala sumber lain mengesahkan ia dilakukan penduduk Hindu dan digunakan pasukan keselamatan untuk menuduh Rohingya.

Agensi berita itu turut melaporkan kerajaan memaksa beberapa Rohingya merobohkan rumah mereka dan merakamkan saat itu untuk ditunjukkan kepada dunia sekali gus mempersoalkan keadilan krisis etnik minoriti tersebut.

Selain saksi, pertubuhan hak asasi manusia juga didakwa menyaksikan tatmadaw terlibat secara langsung dalam pembunuhan dan membakar beberapa kampung di selatan bandar Maungdaw.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menggesa Myanmar menamatkan operasi ketenteraannya terhadap etnik itu.

Guterres turut menyifatkan keadaan yang berlaku sebagai bencana.

“Saya menggesa pihak berkuasa Myanmar menangguhkan tindakan ketenteraan, menamatkan keganasan, menegakkan kedaulatan undang-undang dan mengiktiraf kembali hak semua individu yang meninggalkan negara itu,” tegasnya. – Agensi

Sumber – sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *