“Pokemon Go Itu Hanyalah Satu Permulaan”-Ketua Pegawai Eksekutif Pokemon

Sudah lebih daripada satu tahun Pokemon Go berjaya membuat huru-hara di seluruh dunia. Permainan aplikasi terkenal itu telah membuatkan ramai orang berkeliaran di luar rumah untuk mencari ‘vitual monster’ dengan menggunakan telefon pintar mereka.

Permainan itu juga telah menjadi fenomena sosial, sehingga berjaya membuatkan orang dewasa dan kanak-kanak berkumpul di taman dan kawasan awam untuk melatih Pokemon mereka. Meskipun ia sudah tidak berada dipuncak kegemilangan, tetapi, lebih daripada 65 juta pengguna masih menggunakan aplikasi itu setiap bulan. Ia disebabkan oleh watak-watak baru serta pembaikkan yang kerap dilakukan.

Malah, di Amerika Syarikat, permainan ini adalah diantara 20 aplikasi yang paling menguntungkan untuk tahun ini, dan menduduki tempat teratas selama seminggu pada bulan Julai lalu.

Bagi syarikat disebalik permainan Pokemon Go, Niantic Inc., Pokemon Go dan Nintendo Co., permainan itu merupakan pendapatan bonanza, dengan anggaran pendapatan bermula dari $1.5 bilion sehingga 2 bilion.  Nintendo juga telah melaporkan 23.6 bilion yen ($215 juta) pendapatan dari kepentingan ekuiti di syarikat lain, yang sebahagian besarnya datang dari pemilikkan separa syarikat Pokemon itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Pokemon, Tsunekazu Ishihara mengatakan yang itu hanyalah satu permulaan.  Dia telah berbincang dengan Bloomberg News mengenai masa depan nama telefon pintar, mesin permainan Switch-Nintendo, dan permainan konsol Pokemon yang akan datang.

Ishihara ternyata mempunyai rancangan yang lebih besar untuk Pokemon Go, itu termasuklah keupayaan untuk menjual ‘virtual monster’ dan berlawan antara satu sama lain yang merupakan ciri utama permainan Pokemon. Dan, itu telah disahkan oleh syarikat itu sendiri. Dengan menambah elemen baru pada permainan, Ishihara berani mengatakan yang orang akan tetap datang semula untuk bermain kerana ingin menemui perkara baru.

Selain itu, Ishihara juga telah mendedahkan yang permainan Pokemon sedang di dalam pembanggunan untuk Switch dan penguguman itu telah menyebabkan saham Nintendo menaik sebanyak 3% kerana pelabor menjangkakan yang nama baru itu akan meninggkatkan penjualan Switch.

Permainan Switch itu akan dikeluarkan pada tahun 2018 atau tahun seterusnya. –utaranews.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *