Polis berjaya menahan lelaki dan wanita terlibat dengan Daesh

SINGAPURA – Polis negara ini berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki cuba menyertai kumpulan pengganas Daesh di Filipina selain turut menahan seorang wanita yang mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas asing.

Kementerian Dalam Negara memaklumkan, lelaki yang ditahan dikenali sebagai Imran Kassim, 34, yang pernah cuba menyertai kumpulan Daesh di Syria sekurang-kurangnya dua kali dan telah bersiap sedia untuk menyerang anggota tentera Singapura.

Baru-baru ini, suspek itu juga berniat untuk menyertai kumpulan berkenaan yang sedang bertempur di Marawi, Filipina.

Imran berjaya ditahan hasil maklumat yang diterima pihak polis daripada `mereka yang rapat dengan suspek’.

Wanita yang ditahan pula dikenali sebagai Shakirah Begam Abdul Wahab, 23, bertugas sebagai pembantu tadbir dan dipercayai telah berhubungan dengan beberapa anggota pengganas itu sejak 2013. – Reuters

Sumber – utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *