Polis Indonesia halang kumpulan adakan tunjuk perasaan di kuil Borobudur

Jakarta: Polis Indonesia akan menghalang mana-mana kumpulan Islam yang merancang mengadakan tunjuk perasaan di kuil Borobudur di Jawa Tengah pada Jumaat ini bagi membantah kekejaman terhadap Rohingya.

Kumpulan Islam berkata, mereka merancang mengadakan bantahan berhampiran kuil purba itu yang juga lokasi pelancongan popular bagi mendesak kekejaman terhadap etnik Rohingya di Myanmar ditamatkan.

Bantahan dilakukan hampir setiap hari di kedutaan Myanmar di Jakarta berhubung layanan negara itu terhadap etnik Rohingya di negeri Rakhine.

Hampir 125,000 Rohingya menjadi pelarian susulan operasi tentera di kampung mereka bagi memburu kumpulan penentang.

Puluhan ribu lagi melarikan diri dengan menyeberang ke sempadan Bangladesh.

“Sebarang tindakan di kuil Borobudur adalah dilarang,” kata Ketua Polis Nasional, Tito Karnavian.

Menurutnya, Borobudur bukan saja sebahagian warisan Indonesia tetapi adalah warisan dunia.

“Tidak perlu membuat bantahan terhadap konflik Rohingya kerana kerajaan sudah mengambil tindakan,” tegasnya. – Reuters

Sumber – hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *