Polis Indonesia siasat pembunuhan pasangan warga emas Jepun di Bali

DENPASAR – Polis Indonesia melancarkan siasatan pembunuhan terhadap kematian pasangan warga emas Jepun yang ditemui rentung di pulau peranginan Bali minggu lalu.

Mayat Nurio Matsuba, 76, dan isterinya, Hiroko, 73 ditemukan pada 4 September lalu oleh anak angkat mereka di Jimbaran, sebuah perkampungan nelayan dan kawasan peranginan di selatan Bali.

Ketua Polis Denpasar, Hadi Purnomo berkata, polis mengesyaki pembunuhan tersebut telah dirancang dan sedang memburu lebih daripada satu suspek selepas menemubual 42 saksi termasuk keluarga dan rakan perniagaan mangsa.-AFP

Sumber – utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *