Polis Metropolitan London umum guna taktik inovatif lindungi penduduk

LONDON – BRITAIN. Satu langkah baharu untuk memerangi keganasan telah dilaksanakan di jalan utama di ibu negara Britain walaupun beberapa penganalisis mendakwa ia mungkin tidak dapat menghalang semua serangan.

Perkhidmatan Polis Metropolitan London mengumumkan rancangan menggunakan taktik inovatif termasuk dron untuk melindungi penduduk susulan siri serangan ganas menggemparkan negara itu sejak beberapa bulan lalu.

Pelancaran jaring jalan antikeganasan sementara baharu dilengkapi logam tungsten berduri bertujuan untuk mencegah pengganas daripada menggunakan kenderaan sebagai senjata seperti yang berlaku dalam serangan terbaharu di Barcelona dan London.

“Jaring tersebut adalah jenis mudah alih. Ia mampu menghentikan kenderaan yang mempunyai berat sehingga 17 tan. Ia akan ditempatkan di kawasan yang sesak dengan orang ramai,” jelas jurucakapnya.

Sementara itu, perunding keselamatan dengan kepakaran antikeganasan, Chris Phillips berpendapat ia mungkin untuk tujuan perlindungan dalam acara tertentu.

“Namun, serangan yang kita lihat sejak akhir-akhir ini adalah sukar dijangkakan,” ujarnya. – Arab News

Sumber – sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *