Presiden PAN anggap Pemimpin Kerajaan sebagai Orang Gila.

Siapa yang tak kenal dengan keceluparan mulut bekas pemimpin PAS iaitu Mat Sabu. Boleh dikatakan hampir seluruh rakyat didalam negara ini tahu bagaimana ‘nerakanya’ mulut ahli politik tersebut, terutamanya ketika beliau berceramah.

Sebelum ini Mat Sabu pernah menggemparkan negara dengan kontroversi Mat Indera. Presiden Parti PAN itu mendakwa bahawa komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong adalah merupakan pejuang kemerdekaan yang sebenar manakala Polis di Bukit Kepong pula dikatakan menjadi balaci British.

Tindakan Mat Sabu ini mendapat tentangan hebat dari seluruh rakyat, khususnya anggota-anggota keselamatan yang bertungkus lumus menjaga keselamatan negara dari ancaman komunis suatu ketika dahulu.

Mat Sabu dipercayai membuat kenyataan kontroversi tersebut semata-mata untuk membodek parti DAP yang sebelum ini dikatakan mempunyai hubungan dengan komunis. ‘Demi cintanya’ kepada DAP, Mat Sabu sanggup melakukan apa saja.

Kini Mat Sabu kembali lagi dengan kenyataan kontroversi apabila mengaku kemaruk kuasa dan menggelar pemimpin kerajaan sebagai orang gila.

Ketika menjawab kenyataan PAS Selangor, Mat Sabu secara bersahaja mengaku parti PAN yang ditubuhkannya itu sememangnya mahu menang pilihan raya dan merampas kuasa daripada “orang gila”.

“Memanglah. Kita masuk pilihan raya sebab nak ambil kuasa dan gila kuasa. Sebab kita nak rampas kuasa dari ‘orang gila’,” katanya pada sidang media Pakatan Harapan di Ibu Pejabat AMANAH semalam.

Beliau berkata demikian selepas Pas menyelar AMANAH sebagai “kemaruk kuasa” apabila menggesa Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali menimbang semula kedudukan Pas dalam kerajaan negeri.

Gesaan itu dibuat melalui usul yang dibentangkan AMANAH Selangor dan diluluskan Konvensyen AMANAH negeri Ahad lalu.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi mempertikaikan kewajaran usul itu ketika pentadbiran negeri tidak mengalami masalah dengan keberadaan Pas dalam kerajaan.

Mohamad Sabu berkata pihaknya tidak akan menghalang usul oleh ahli AMANAH.

“Sebarang keputusan (mengenai kedudukan PAS) akan diputuskan dalam mesyuarat. Pandangan mana-mana pihak tak ada masalah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas mengenai peluang calon AMANAH di Selangor pada pilihan raya umum akan datang. AMANAH Selangor turut mencadangkan Mohammad Sabu diturunkan sebagai calon di negeri itu.

“Kali ini lebih yakin. Sebab saya tengok misalnya Konvensyen AMANAH sambutan begitu baik, dan Konvensyen PPBM peringkat nasional saya nampak mereka yang datang ke himpunan itu muka-muka tak pernah mengundi selain daripada BN.

“Ertinya pilihan raya akan datang kami akan dapat nilai tambah daripada pengundi-pengundi yang akan mengundi Pakatan Harapan,” katanya. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *