Presiden Rusia arah tindakan undang-undang atas Washington melanggar hak Russia

XIAMEN: Presiden Russia, Vladimir Putin mendakwa berhak mengurangkan kakitangan diplomatik Amerika Syarikat (AS) di Moscow, susulan layanan buruk Washington terhadap anggota diplomatiknya di negara itu.

Malah, Putin akan mengarahkan Kementerian Luar negaranya mengambil tindakan undang-undang atas tindakan Washington yang melanggar hak Russia.

“Langkah mengurangkan kemudahan diplomatik kami adalah hak mereka.

“Masalahnya sekarang, ia dilakukan dengan cara yang tidak beradab. Ia tidak memberi gambaran baik mengenai AS.

“Sukar untuk mengadakan rundingan dengan mereka yang keliru mengenai Austria dan Australia. Tiada apa yang boleh dilakukan berhubung perkara ini.

“Mungkin ia sudah menjadi sebahagian daripada budaya politik di AS,” katanya pada sidang media di sini.

Mengenai hak ke atas bangunan dan kemudahan miliknya di AS, Putin berkata: “Ini adalah perkara yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan sudah jelas melanggar hak Russia”.

Justeru, beliau akan mengarahkan Kementerian Luar Russia membawa isu itu ke mahkamah.

“Kita akan lihat betapa bagus dan cekap sistem kehakiman AS yang mendapat pujian itu,” katanya. – Reuters

Sumber – bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *