Remaja Jadi Model Majalah Teen Vogue Selepas Dibuli Orang Tidak Dikenali di Twitter

Di dalam dunia yang serba moden kini, masih ada lagi individu yang memandang rendah terhadap penampilan seseorang. Malah, isu yang dipanggil sebagai ‘body shaming’ ini sering berlaku di negara-negara maju, yang membuktikan yang betapa majunya sesebuah negara itu, pemikiran penduduknya masih tiada sebarang kemajuan.

Seorang jurugambar dan juga “plus size model”, Lesego Legobane, 24 tahun, telah merasai pengalaman ‘body shaming’ daripada seorang netizen yang dia sendiri tidak kenali apabila dia menerima satu ‘tweet’ yang membandingkan gambarnya dengan model lain bersama satu caption yang berunsur ejekkan.

Gambar itu telah dimuat naik oleh seorang penguna Twitter bernama Leyton Mokgerepi bersama caption, “woman I love VS woman who like me” dimana gambar model cantik adalah wanita yang dia sukai manakala gambar Lesego pula mewakili wanita yang menyukainya.

Gambar itu telah sampai ke Lesego setelah ia mendapat beribu retweet dari pengguna Twitter. Lesego bagaimanapun bertindak membalas tweet Leyton itu namun bukan untuk memarahinya tetapi Lesogo dengan beraninya mengejek Leyton semula dengan menulis “Saya tidak sukakan awak”.

Tindakan Lesego itu telah mendapat pujian dari netizen sehingga ramai netizen bertindak membelanya.

Selepas menjadi mangsa buli lelaki yang tidak kenali di media sosial, kehidupan Lesego kini telah berubah kerana kurang daripada 24 jam selepas kejadian itu, banyak media antarabangsa mula membuat liputan mengenai kejadian itu.

Itu berlaku disebabkan oleh dua bintang antarabangsa iaitu Nicky Minaj dan juga Ariana Grande turut memberikan sokongan mereka kepada tindakan Lesego dengan memberikan ‘likes’ kepada komen balasan Lesego kepada Leyton.

Kini, kerana tindakan beraninya di Twitter, Lesego sedang menunggu panggilan telefon daripada majalah terkenal Teen Vogue untuk menjadi ‘cover girl’. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *