Satu lagi kebakaran dilaporkan berlaku pagi tadi di Jalan Pudu

Satu lagi kebakaran dilaporkan berlaku pagi tadi! Kali ini di Jalan Pudu.

Memetik laporan Oriental Daily News, kebakaran tersebut dikatakan berlaku pada awal pagi jam 2.30am di kawasan gerai makan yang telah lama beroperasi di situ.

Memetik sumber berita radio FM988, kira-kira 10 gerai makanan dijilat api dan anggaran kerugian yang dialami tidak dapat dipastikan.

Menurut penjaja di kawasan itu, punca kebakaran disyaki perbuatan penagih dadah.

Rakaman visual yang diambil oleh penduduk di kawasan sekitar jelas kelihatan api membara dan merebak dengan pantas.

Sejurus menerima laporan orang ramai, jabatan bomba bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan kerja-kerja memadam api dan menyelamat.

Setakat ini, pihak jabatan bomba masih belum memberi kenyataan berhubung kebakaran tersebut.

Memetik Sin Chew Jit Poh, tiada kematian ataupun kecederaan dilaporkan berikutan ketika kejadian berlaku gerai makanan telah pun ditutup.

Sumber – CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *