“Saya Gembira Dapat Berlakon Semula Dengan Aishwarya Rai” -Anil Kapoor

New Delhi – Pelakon Bollywood, Anil Kapoor mengaku yang dia berasa sangat gembira dapat berlakon semula bersama pelakon cantik, Aishwarya Rai Bachchan di dalam filem terbarunya, Fanney Khan.

Filem muzikal komedi itu dikatakan akan menjadi filem ketiga lakonan Anil Kapoor bersama Aishwarya Rai selepas filem Taal dan Humara Dil Aap Ke Paas Hai.

“Saya sangat terujua diberi peluang untuk bekerja dengan Aishwarya semula. Saya pernah bekerja dengan dia dalam dua filem, dan ini adalah kali yang ketiga.”

Sementara itu, Aishwarya pula memilih untuk tidak memberi sebarang kenyataan mengenai filem itu sehingga sampai hari tayangannya.

“Tetapi, semoga berjaya kepada semua pasukan Faney Khan. Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan pastukan itu dan menikmati proses penggambaran filem itu nanti.

Selain itu, yang menariknya, demi filem Fanney Khan ini, buat pertama kalinya, Anil Kapoor akan tampil dengan imej baru apabila dia perlu mencukur janggutnya.

“Selepas tiga tahun setengah, saya berasa sedikit pelik kerana dalam setiap filem sebelum ini, saya ada janggut. Setelah sekian lama, akhirnya saya berpenampilan seperti ini.

Selain Anil Khapoor dan Aishwarya Rai, filem Fanney Khan yang diarahkan oleh Atul Manjrekar itu juga akan dibintangi oleh pelakon Mubarakan dan Rajkummar Rao. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *