“Saya tahu ramai sedang mengejek, berpendapat usaha saya ini sia-sia sahaja” – Abu Sahid

KUALA LUMPUR – Tan Sri Abu Sahid Mohamed sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran sindiran selepas menyatakan cadangan untuk mengambil alih PLUS Malaysia Berhad serta tidak menaikkan tol selama 20 tahun.

“Saya tahu ramai orang sedang mengejek dan berpendapat usaha saya ini sia sia sahaja.

“Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan UEM tidak percaya bahawa saya mampu mengurangkan kos pengurusan dalam keadaan tidak menaikkan tol.

“Mereka juga tidak percaya saya akan mencatat keuntungan tanpa menaikkan tol, ” kata Pengerusi Eksekutif Maju Holdings itu kepada China Press.

Walaupun berdepan sindiran, Abu Sahid bagaimanapun bertegas formulanya adalah yang terbaik buat negara, rakyat, PLUS dan pemegang syer.

Walaupun berdepan sindiran, Abu Sahid bagaimanapun bertegas formulanya adalah yang terbaik buat negara, rakyat, PLUS dan pemegang syer.

“Tiada orang yang mahu melakukan bisnes yang merugikan, tetapi juga tidak terlintas fikiran untuk kaut keuntungan besar dengan konsesi lebuh raya.

“Saya tidak akan naikkan harga tol, malahan akan turunkan margin keuntungan yang akan diterima,” katanya.

Menurutnya lagi, tol bukan sumber keuntungan utama, tetapi keuntungan boleh dijana dengan memberi tambah nilai kepada kawasan sekitar sekali gus membawa kepada projek hartanah baharu.

“Dengan meningkatkan kemudahan lebuh raya, membina interchange dan meneroka tanah baharu, maka ia akan membawa limpahan ekonomi di kawasan yang lebih jauh,” katanya.

 

Sumber – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *