Scarlett Johansson Bukan Lagi Isteri Kepada Romain Dauriac

Selepas menjalani proses perceraian selama setahun, Scarlett Johansson dan Romain Dauriac dilaporkan rasmi bercerai pada 12 September lalu.

Sebelum ini, pasangan tersebut bertelagah mengenai hak penjagaan anak perempuan mereka, Rose Dorothy, kini tiga itu. Scarlett memohon hak penjagaan Rose kepadanya agar kanak-kanak itu dapat mengikutnya tinggal bersama dirinya di New York selepas bercerai.

Tidak mengalah, Romain merasakan Rose lebih baik tinggal bersamanya di Perancis.

“Dia akan pindah ke Perancis bersama anaknya,” ujar jurucakap Romain yang dikenali sebagai Harold Mayerson.

Dalam satu temubual, Romain pernah mengesa Johansson membatalkan permohonan cerai demi anak mereka.

“Perceraian ini adalah hal yang sangat mengecewakan. Terutama bagi puteri kami, kerana Scarlett memohon cerai sekaligus masalah kami menjadi perhatian umum.

“Saya ingin memohon kepadanya (Johansson) untuk menarik semula permohonan cerai tersebut dan berbincang terlebih dahulu,” kata Romain.

Scarlett dan Romain mendirikan rumah tangga pada 2011 namun hanya bertahan selama dua tahun.

Sebelum bersama Romain, Scarlett juga pernah berkahwin dengan Ryan Raynolds pada 2008. Perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama tiga tahun sebelum bercerai pada 2011.

 

sumber : malaysiandigest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *