Segala tohmahan, cerita direka pembangkang adalah fitnah semata-mata – Rosdi

TUMPAT 14 Sept. – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden, Donald J Trump di White House semalam membuktikan segala fitnah pembangkang sebelum ini adalah tidak benar.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Mohd. Rosdi Ab. Aziz berkata, pembangkang sebelum ini memainkan isu di media sosial kononnya Najib akan ditangkap oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) berhubung isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Bagaimanapun katanya, semua perkara tersebut jelas tidak betul apabila Presiden AS itu menyambut baik Najib dan rombongan dari Malaysia.

“Segala tohmahan serta cerita direka oleh pembangkang adalah fitnah dan penipuan besar semata-mata. Najib telah disambut sempurna oleh Trump.

“Mereka terus kekal menjadi antara rakan dagang Malaysia terbesar di dunia dan telah membuktikan bahawa negara kita berada di landasan yang betul,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penutup Program Kemerdekaan Ke-60 peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wakaf Bharu di sini hari ini.

 

Sumber – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *