Selena Gomez Bongkar Kisah “Dirogol” Ketika Remaja

Jadi selebriti terkenal pasti tidak boleh lari daripada menjadi buruan kamera paparazi.  Sebahagian besar artis mungkin sudah terbiasa dan tidak kisah jika paparazi mengekori dan mengambil gambar mereka. Tetapi, tidak pada bekas teman wanita Justin Bieber, Salena Gomez.

Penyanyi pop yang pernah membintangi Wizards of Waverly Place Disney Channel telah berkongsi kenangan buruknya berkaitan kamera di dalam Business of Fashion. Menurut E! News, Selena mengatakan yang di awal permulaan kerjayanya, dia hairan mengapa orang lebih memberi tumpuan kepada penampilan, dan bukan pada bakatnya.

Saya mula ketahui tentang perkara yang tidak berkaitan dengan kerjaya saya. Terutama sekali ketika semangat saya mula pudar, pudar dan hilang. Itu sangat menakutkan. Saya tidak sedar yang sesetengah orang hanya mahukan perkara tertentu daripada saya.

Bagi Selena, mendapat kemasyhuran pada usia yang muda membuatkan dia mempunyai memori yang buruk dan memori yang paling buruknya adalah sewaktu berada di pantai, gambarnya secara tiba-tiba telah ditangkap oleh seorang jurugambar yang tidak dikenali.

Saya ingat, saya rasa seperti telah “dirogol”.  Ketika itu saya berada dipantai, mungkin berusia 15 atau 16 tahun dan orang yang mengambil gambar saya itu, ya mereka adalah jurugambar.

Saya tidak fikir jika ada orang tahu siapa saya. Tetapi saya rasa seperti ‘dirogol’, privasi saya diceroboh, dan saya tidak menyukainya.  Saya rasa pelik sebab saya masih muda dan dia adalah lelaki yang telah dewasa.  Apa pun, saya tidak menyukai perasan itu.

Meskipun begitu, Selena tetap meneruskan kehidupannya sebagai seorang pelakon dan terus membintangi Alex Russo di Wizzard sehingga tahun 2012.

Kemudian saya boleh katakan yang saya akan mengakhiri pertunjukkan saya pada umur 18 tahun.  Pada masa itu saya rasa, tidak suka dengan bakat seni yang saya ada.

Oleh itu, pada awal tahun 2012, pelakon dan juga penyanyi itu telah berehat seketika dan kembali semula satu tahun setengah kemudian untuk mengeluarkan album pertamanya, Star Dance.  Selena melakukan semua itu demi untuk mengekalkan kesihatan mental dan mengembalikan keghairahannya.

Bercakap mengenai kesihatan mental, Selena sekali lagi menarik diri dari dunia hiburan pada tahun 2016 dan membatalkan Revival World Tour-nya.  Dia juga telah mencari rawatan profesional untuk masalah kesihatannya.  Namun, kembali semula tiga bulan selepas itu di American Music Awards 2016. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *