Selepas 500 Tahun, Azan Kembali Berkumandang di Istana Alhambra

Alhambra yang bermaksud istana merah di dalam Bahasa Arab mungkin dinamakan begitu kerana warna dinding yang mengelilingi bukit La Sabicalah membuatkan warnanya kelihatan seperti bewarna merah.

Istana yang telah didirikan sejak abad ke 9 itu telah menjadi kediaman raja sehingga ke abad 13. Raja pertama yang telah menduduki Granada adalah Zirites yang juga memiliki sebuah istana diatas bukit Andalusia.  Menurut laman rasmi Andalusia, orang Kristian telah mula membina Alhambra pada tahun 1238.

Pada penghujung pemerintahan Muslim Sepanyol, Yusuf I pada tahun 1330an, Istana Alhambra telah diubah suai oleh pemerintah Muslim Granada.  Alhambra telah dibaiki sebanyak beberapa kali, pertama sekali oleh Muhammad Al-Ahmar yang kemudian telah dihabiskan oleh anaknya, Muhammad II.  Pengganti selepas itu juga telah membuat pembaikkan pada bangunan istana itu.

Manakala anak Muhammad V, telah melengkapi istana itu dengan Cuarto de Ios Leones, serta beberapa bilik dan tembok lain. Pada tahun 1492, Granada telah jatuh ke tangan Kristian. Istana tersebut telah menjadi benteng terakhir Andalusia sebelum ia juga jatuh ke tangan tentera Kristian Raja Sepanyol, Ferdinand dan Queen Isabella.

Selepas penaklukan Granada, Raja Ferdinand dan Queen Isabel, telah menukar istana Alhambra menjadi mahkamah Kristian.  Selepas itu, Raja Ferdinand telah membina pelbagai struktur untuk orang awamnya, termasuklah membina gereja dan biara.

 

Selepas hampir 5 dekad atau bersamaan 500 tahun berlalu tanpa kedengaran azan di Istana Alhambra, akhirnya pada 7 September lalu, azan kembali kedengaran bergema di dalam istana itu.

Azan itu telah diazankan oleh Al Nass dan video kemerduan suara azan berkumandang di dalam istana itu telah dikongsikan lebih daripada 1 juta orang sejak ia dimasukkan ke dalam akaun Facebook peribadi milik Al Nass.

Di dalam video itu, Al Nass yang memakai baju putih dilihat meletakkan tangannya di bahagian kanan telinga, tanpa ragu menghabiskan azannya.  Perlakuan Al Nass itu telah membuatkan pelancong yang berada disekitarnya berasa hairan, dan melihat kelakuannya itu.  Namun, momen ‘rare’ itu telah menarik beberapa pelancong untuk turut sama mengabadikan momen indah itu. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *