Senarai Lengkap Barisan Pelakon Filem Aladdin

Pencarian pelakon filem live-action Disney. Aladdin akhirnya telah sampai ke penghujungnya berikutan penguguman yang dilakukan oleh Disney dimana watak Sultan akan dilakonkan oleh pelakon filem Homeland, Navid Negahban.

Pelakon bagi watak-watak baru di dalam filem itu termasuk Dalia, pengasuh dan kawan baik Princess Jasmine; Prince Anders, peminat dari Skanland yang ingin berkahwin dengan Princess Jasmine; dan Hakim, orang kanan Jafar yang mungkin bakal menggantikan watak burung kakak tua.

Selain itu, pelakon dan pelawak Iran-Amerika yang pernah membintangi Saturday Night Live, Nasim Pedrad akan melakon sebagai Dalia. Manakala, pelakon Billy Magnussen, yang pernah membintangi filem American Crime Story dan Into the Woods pula akan menjadi Prince Anders.

Dan, Numan Acar pula akan melakonkan watak Hakim. Pelakon kelahiran Turki dan membesar di Jerman itu pernah terlibat di dalam rancangan televisyen Prison Break serta berlakon bersama Negahban di dalam filem Homeland.

Ke semua barisan pelakon-pelakon itu akan menyertai Will Smith (Genie), pelakon Mesir-Kanada, Mena Massoud (Aladdin); pelakon Power Rangers, Naomi Scott (Princess Jasmine); serta pelakon The Mummy, Marwan Kenzari (Jafar).

Smith telah memuat naik gambar hari pertama penggambaran bersama tiga orang pelakon baru yang menyertai proses penggambaran filem itu.

Sementara itu, filem Aladdin akan diarahkan oleh Guy Ritchie, manakala komposer, Alan Menken akan menulis dua buah lagu baru bersama Benj Pasek dan Justin Paul iaitu pemenang Tony Awards yang merupakan bakat disebalik filem muzikal terkenal La La Land dan Dear Evan Hansen.

Menurut Disney, penggambaran filem Aladdin telah pun bermula di London. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *