Seorang anggota tentera maut, 20 cedera serangan di selatan Thailand

BANGKOK – Seorang anggota tentera terbunuh, manakala 20 yang lain cedera termasuk dua orang awam apabila kumpulan pemberontak menyerang tentera yang sedang meronda di selatan Thailand, kata beberapa pegawai semalam.

Wilayah yang didiami majoriti penduduk Islam yang bersempadan dengan Malaysia itu telah dicemari dengan keganasan selama lebih sedekad dalam pertembungan antara etnik Melayu dan penganut Buddha.

Dianggarkan keganasan telah menyebabkan 6,800 orang terbunuh, majoritinya orang awam dalam konflik yang kurang mendapat liputan utama media antarabangsa.

Serangan itu bermula awal pagi semalam apabila sebutir bom dile­tupkan di tepi jalan dan mengenai kenderaan yang membawa anggota tentera di sebuah perkampungan terpencil di daerah Yaha di wilayah Yala.

Letupan kedua berlaku setengah jam kemudian ketika pakar skuad bom tiba bagi membersihkan lokasi, diikuti dengan insiden berbalas tembakan antara pemberontak dan tentera.

Jurucakap tentera wilayah Selatan, Kolonel Pramote Promin berkata, seorang lans koperal terkorban dalam serangan itu, manakala 18 yang lain cedera dan dua penduduk kampung mengalami cedera ringan.

Kumpulan pemisah, Barisan Revo­lusi Nasional dipercayai dalang di sebalik keganasan yang berlaku di wilayah tersebut walaupun mereka tidak pernah mengaku melakukan serangan dan muncul di khalayak.

– AFP

Sumber – kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *