Seorang askar maut, 20 cedera kumpulan bersenjata menyerang hendap

Yala: Seorang askar maut dan 20 lagi cedera termasuk dua orang awam selepas kumpulan bersenjata menyerang hendap sebuah kenderaan tentera, kata pegawai semalam.

Serangan berlaku apabila sebutir bom meletup berhampiran kenderaan tentera di sebuah kampung di daerah Yaha di wilayah Yala, awal pagi semalam.

Bom kedua meletup setengah jam kemudian ketika skuad pemusnah bom tiba di lokasi kejadian disusuli dengan kejadian tembakan dan serangan dengan api oleh kumpulan pemisah.

Jurucakap tentera, Pramote Prom-in berkata, seorang askar berpangkat lans koperal maut manakala 18 lagi anggota dan dua orang awam cedera.

Sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab dalam serangan berkenaan.

Serangan berlaku ketika kerajaan membuat rundingan dengan satu organisasi yang mendakwa mewakili kumpulan pemisah bagi mengwujudkan zon selamat di wilayah itu.

Bagaimanapun, penganalisis berkata, kumpulan pemisah utama yang mempunyai ratusan pejuang membantah rundingan dengan kerajaan itu.

Barisan Revolusi Nasional dipercayai dalang kebanyakan serangan di wilayah berkenaan walaupun kumpulan itu tidak pernah mengaku bertanggungjawab atau membuat sebarang kenyataan.

Sumber – hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *