Seorang lelaki dihukum mati, memeluk kaki ibunya sambil memohon maaf

Medan: Seorang lelaki yang dihukum mati kerana bersubahat mengedar 270 kilogram dadah jenis methamphetamine dari China meratap dan memeluk kaki ibunya sambil memohon maaf selepas Mahkamah Daerah Medan menjatuhkan hukuman.

Tertuduh terbabit, Irwantoni, 38, dibawa bertemu ibunya yang hadir dalam setiap perbicaraan sebelum dia dibawa pergi oleh anggota polis bertugas.

Jakarta Post melaporkan, Irwantoni tertuduh kelima dalam kes berkenaan yang menerima hukuman mati oleh mahkamah.

Empat lagi rakannya, Daud atau dikenali sebagai Athiam, 47, Ayau, 40, Lukmansyah Nasrul, 36, dan Jimmi Syahputra Rusli, 27, juga dijatuhi hukuman mati.

Ketua Hakim Saryana berkata, Irwantoni terbukti menghantar dadah yang diseludup dari China itu ke Dumai, Riau dan Medan sekali gus melanggar Undang-Undang Narkotik 2009.

“Mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap tertuduh,” katanya.

Semua tertuduh ditangkap bersama dadah berkenaan pada 17 Oktober 2015 dalam satu operasi oleh Badan Narkotik Nasional.

Sumber – hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *