Suami sanggup jual isteri untuk lakukan hubungan ‘Foursome’

Lelaki yang bergelar suami selalunya akan memikul tanggungjawab untuk menjadi ketua keluarga. Maka segala tanggungjawab seperti keselamatan, kebajikan dan menyediakan keperluan hidup untuk isteri menjadi tanggungjawab utama.

Malang sekali buat isteri keapda lelaki ini di Surabaya apabila suaminya sendiri bertindak jijik apabila sanggup ‘menjual’ isterinya sendiri kepada lelaki lain hanya kerana mahu melakukan hubungan seks secara ‘foursome’.

Memetik laporan dari Tribun News, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Selvin Firnando atau Epin menawarkan isterinya kepada mana-mana individu yang mahu melakukan seks dengan harga serendah RM159.

Pelanggan juga harus menanggung kos untuk menyewa hotel yang menjadikan suaminya ini mencari untung di atas aktiviti sumbangnya itu. Malah, si isteri pula hanya menurutkan sahaja permintaan suaminya itu kerana alasan dia amat menyayangi suaminya itu.

“Semasa melakukan hubungan intim dengan isterinya, suaminya akan merakam aksi mereka dengan telefon bimbit dan suaminya itu mempunyai nafsu yang songsang dan mahu melakukan seks dengan lebih seorang lelaki” kata pegawai polis yang menyerbu aktiviti pasangan tersebut.

Epin juga turut mengaku akan menonton filem lucah terlebih dahulu sebelum melakukan hubungan songsang tersebut bersama isteri dan lelaki lain.

Hasil keuntungan dari ‘menjual’ isteri yang diperolehi oleh Epin akan digunakan untuk perbelanjaan harian. Kegiatan terkutuk itu akhirnya terbongkar apabila pihak berkuasa melakukan serbuan di sebuah hotel di Surabaya.

Dalam operasi itu, polis menahan Epin, isteri dan dua orang lelaki lain yang berada di dalam bilik yang sama. Polis turut menyita sejumlah wang bernilai lebih 1 juta rupiah, kondom serta telefon bimbit.

Sumber – selendangmaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *