Suntik Bakteria Dalam Badan Demi Kelihatan Muda Selamanya

Penuaan adalah proses semulajadi yang terjadi kepada semua orang. Namun, proses penuaan adalah mimpi ngeri kepada golongan wanita kerana itu menunjukkan yang mereka sudah tua. Disebabkan tidak mahu kelihatan tua, ramai wanita sanggup melakukan apa sahaja supaya proses penuaan itu datang dengan lambat atau tidak berlaku langsung kepada mereka.

Antara cara yang akan dilakukan untuk mengurangkan penuaan adalah, memakai krim anti-penuaan, membuat rawatan muka atau membuat pembedahan plastik. Tetapi, seorang wanita yang berasal daripada German yang tidak mahu kelihatan tua, sanggup mengunakan cara yang lebih ekstrem daripada pembedahan plastik.

Wanita yang juga seorang pelakon bernama Manoush ini sangat obses ingin kelihatan awet muda dan proses penuaan itu tidak berlaku langsung kepadanya, sehingga dia nekad untuk melakukan prosedur membahayakan iaitu menyuntik bakteria ke dalam badannya.

Bakteria bernama Bacillus F itu dikatakan telah berusia 3.5 juta tahun dan ditemui buat pertama kali pada tahun 2009 di Siberia.

Saintis berjaya membuktikan DNA bakteria itu tidak menunjukkan sebarang tanda penuaan. Menurut Elite Readers, bekteria itu dikatakan boleh menjadi kunci untuk meningkatan kesihatan dan memanjangkan jangka hayat manusia.

Manoush juga percaya yang jika dia menyuntik bakteria itu ke dalam badannya, ia boleh membuatkan dia kelihatan muda untuk selama-lamanya. Jadi, pelakon yang berusia 45 tahun itu telah menyuntik bakteria Bacillus F ke dalam pembuluh darahnya selama 3 bulan, dan mengatakan yang dirinya benar-benar kelihatan muda.

Kulit saya menjadi lembut seperti punggung bayi. Di dalam gambar memang tidak begitu jelas tetapi kalau dari depan anda boleh lihat tiada langsung parut atau cela pada wajah saya. Saya tidak pernah rasa sebagus ini. Saya tidak pernah dapat tidur dengan tenang, nyenyak dan selama ini.

Namun, yang sebenarnya penggunaan bakteria itu untuk melambatkan penuaan masih belum mendapat kelulusan dari segi perubatan kerana ia dibimbangi boleh membahayakan nyawa pesakit.

Monush telah mendapatkan bekalan bakteria itu daripada Ketua Jabatan Geocryology di Mascow State University, Dr Anatouli Brouchkov, sebagai bahan eksperimen.

Selain itu, Monoush juga merancang ingin meningkatkan dos bakteria yang disuntiknya dan akan menyuntik bakteria itu ke dalam badannya lebih kerap lagi berbanding sebelum ini. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *