Susu, kunyit, badam, dan madu bantu naikkan seri wajah dan buat muka ‘glowing’

Wajah kemerah-merahan, tak payah bersolek pun dah cantik! Cemburu betul tengok wanita yang mempunyai kulit begini kan?

Sebenarnya impian untuk menjadi ‘flawless’ boleh menjadi realiti kalau setiap wanita sanggup mengamalkan petua semula jadi ini.

Jangan cakap leceh, nak cantik kena ada usaha berterusan okay? Seperti dikongsikan oleh Afieyza Aleeschaylee, susu kunyit, badam, dan madu boleh membantu dalam menaikkan seri wajah dan membuat muka anda ‘glowing’.

SUSU KUNYIT BADAM MADU

Bahan-Bahan:
Susu rendah lemak
1 inci kunyit ditumbuk kasar
2 sudu madu
3 biji badam ditumbuk kasar

Cara-Cara
1. Panaskan susu dan masukkan kunyit
2. Kacau perlahan kemudian masukkan badam
3. Tuang susu dalam gelas dan masukkan madu
4. Kacau dan boleh terus diminum

Kalau nak hasil yang maksimum, amalkan minum dua kali seminggu sebelum tidur.

Semasa haid pun boleh minum juga dan kalau nak jadikannya minuman harian, jangan letak kunyit.

Selamat mencuba dan rasakan sendiri perubahannya nanti.

Sumber – CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *