Tahi Hidung Bagus Untuk Kesihatan?

Anda dinasihatkan supaya tidak membaca ini jika anda sedang makan atau mempunyai perut yang lemah, tetapi menurut satu kajian saintis telah menemui yang memakan ‘bogies’  atau tahi hidung sebenarnya bagus untuk kesihatan.

Beberapa saintis daripada MIT dan Harvard mengatakan yang ibu bapa tidak sepatutnya menghalang anak mereka daripada mengorek hidung. Ini kerana mereka telah menemui bakteria berfaedah pada tahi hidung, dan jika memakannya ia mungkin bantu meningkatkan sistem imunisasi.

Pakar paru-paru Australia, Prof. Friedrich Bishchinger yang turut mengambil bahagian dalam kajian itu mengatakan yang hasil kajian menunjukkan orang yang mengorek hidung mereka lebih sihat, gembira dan mungkin mempunyai badan yang seimbang.

Cara yang terbaik untuk menguatkan sistem imunisasi badan adalah dengan memakan sisa-sisa kering yang dikeluarkan daripada hidung. Secara medikalnya, ia adalah masuk akal dan perkara natural untuk dilakukan.

Dari segi sistem imunisasi, hidung adalah penapis yang telah mengumpulkan banyak bakteria baik. Dan, apabila campuran itu tiba diusus, ia berfungsi seperti ubat.

Selain itu, memakan tahi hidung yang kering juga dapat menghentikan kaviti yang menjadi punca bakteria melekat pada gigi. Ia juga membantu dalam melawaan jangkitan pernafasan, ulser perut serta HIV.  Profesor Biokimia dari Universiti Saskatchewan, Dr. Scott Napper menjelaskan,

Alam mendorong kita untuk melakukan perkara yang berbeza. Itu sebab ia adalah kelebihan kita untuk mempunyai tingkah laku tertentu, untuk memakan jenis makanan yang berbeza.

Jadi, mungkin apabila anda mempunyai keinginan untuk mengorek hidung dan memakannya, anda patut teruskan, ikut kehendak alam. Dari perspektif evolusi, kita telah membesar di bawah keadaan yang sangat kotor dan mungkin kemahuan untuk menjaga persekitaran dan kelakuan tidak betul-betul memberi kebaikan kepada kita. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *