Tanah runtuh menyebabkan enam kenderaan tertimbus

TANAH runtuh dan pokok tumbang menyebabkan enam kenderaan tertimbus di tempat letak kereta di Pangsapuri Medan Fettes, Tanjung Bungah, Georgetown, hari ini.

Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan pada 7.09 pagi dan tiba di lokasi 20 minit kemudian.

Menurutnya, lapan anggota bersama satu jentera Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kita membuat pemeriksaan dan mendapati tiada mangsa yang terperangkap dalam kenderaan terbabit.

“Kerja-kerja mengeluarkan kenderaan yang tertimbus itu dilakukan menggunakan jentera pengorek-kaut dengan dibantu Jabatan Kerja Rakyat dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang,” katanya.

Menurutnya, operasi mengeluarkan kenderaan terbabit agak sukar kerana hujan dan air turun dari bukit berhampiran.

Sumber – hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *