Tarikh Tayangan Filem John Wick: Chapter 3 Diumumkan

Lionsgate telah menetapkan yang filem John Wick: Chapter Three secara rasminya akan ditayangkan pada 17 Mei 2019.  Ia merupakan filem musim panas pertama dikeluarkan untuk franchise itu, yang telah menjadi satu kejutan kerja keras di carta box office buat masa ini, dan juga mengesahkan status Reeves sebagai seorang bintang aksi.

Hollywood Reporter telah mendedahkan tarikh tayangan filem itu meskipun butiran jalan cerita masih belum diumumkan lagi. Keanu Reeves akan melakonkan semula wataknya, seorang hitman, pakar penembak, dan pejuang. Sebelum ini, John Wick: Chapter Two menunjukkan yang watak utama berlari dengan kuasa yang luar biasa dengan sekumpulan hitman yang memakai kasut tinggi.

Kami kini sedang di dalam proses menulisnya.  Ia lebih kepada berapa cepat kami boleh dapatkan semuanya bersama.  Tetapi, saya menganggap yang jika bukan hujung tahun ini, awal tahun hadapan.

Lionsgate dengan pantasnya telah mengembangkan universe John Wick, malah, baru-baru ini, syarikat itu juga telah memenangi perang bidaan skip aksi female-centric yang bertajuk Ballerina, yang akan menjadi ‘spin-off kepada siri utama.

Jalan cerita untuk Ballerina masih tidak jelas, tetapi ia menceritakan tentang seorang wanita muda yang berlatih menjadi pempunuh tetapi sebenarnya dia sedang mencari pembunuh yang telah membunuh keluarganya.  Tidak hanya itu, Stahelski juga sedang membuat siri prekuel televisyen juga.

Kami hampir siap tulis prekuel itu, tetapi kami telah menyimpannya untuk aspek yang lain.  Lionsgate sangat berminat untuk membuat rancangan televisyen John Wick, dan itu sangat menarik perhatian kami.  Dalam televisyen anda boleh luahkan apa itu, dan masukkan  sesuatu yang lebih besar daripada filem dua jam.  Saya ingin habiskan cerita itu dan mungkin simpan semua idea prekuel dan tugas mustahil untuk medium itu.

Sementara itu, filem pertama franchise John Wick itu telah mengumpul keuntungan sebanyak $88 juta di seluruh dunia pada tahun 2014, manakala, sekuelnya pula mendapat $171 juta.  –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *