Taufan Irma mencecah tahap lima, bakal melanda Florida, Carribean

MARIGOT: Pihak berkuasa Key West, Florida dan pulau pelancongan Caribbean mengarahkan orang ramai berpindah susulan ramalan Taufan Irma yang mencecah tahap lima, bakal melanda kawasan itu.

Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) yang berpangkalan di Miami melaporkan, taufan Irma turut membawa angin dengan kelajuan 300 kilometer sejam.

Pada masa sama, ia dijangka membawa hujan setinggi 50 sentimeter ke beberapa kawasan terbabit.

“Jumlah hujan ini bakal menyebabkan berlakunya banjir kilat dan lumpur yang mengancam nyawa,” kata NHC yang memberi amaran supaya penduduk segera berpindah.

Program Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) turut menggesa kerajaan di wilayah itu melindungi ribuan kanak-kanak dan keluarga mereka yang bakal terjejas, sebaik taufan itu melanda. – AFP

Pasangan melihat matahari terbenam dari pinggir laut ketika Taufan Irma menghampiri Puerto Rico di Fajardo, Puerto Rico. – Foto AFP

Sumber – bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *