Teguran Allah SWT Kepada Isteri yang Mahukan Kemewahan

Salah satu tanggungjawab suami yang tidak boleh dinafikan adalah pemberian nafkah kepada isteri dan anaknya.  Suami yang sengaja mengabaikan atau tidak memberi nafkah kepada isteri dan anaknya akan dianggap berdosa kerana telah melanggar perintah Allah SWT.

Seperti sabda Rasulullah SAW, “Seseorang itu boleh dikatakan berdosa jika dia mengabaikan orang yang wajib mereka berikan nafkah.” (HR Abu Daud: 1692).

Jika suami mengabaikan tanggungjawabnya, tetapi masih mempunyai harta yang lain, isteri boleh mengambil harta itu.

Dari Aisha RA, Hindun binti ‘Utbah berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan (suamiku) adalah lelaki yang bakhil. Dia tidak memberi (nafkah) yang mencukupi kepada aku dan anakku, kecuali apa yang telah aku ambil tanpa pengetahuannya.”

Maka Rasulullah bersabda, “Ambillah apa yang mencukupi dan yang diperlukan oleh anakmu.” (HR Bukhari: 5364 dan Muslim: 1714)

Menurut pelbagai sumber, berdasarkan riwayat itu, isteri berhak ke atas harta suami tetapi hanya yang sepatutnya dia perolehi.  Jadi, untuk tuntutan nafkah, ia juga tidak berlebihan, bukan untuk gaya hidup yang mewah tetapi bersesuaian dengan keperluan hidup.

Baru-baru, ini terdapat berita mengenai kematian seorang pekerja Agensi Dadah National (BNN), Indria Kameswari telah menjadi isu hangat.  Indria didakwa telah ditembak oleh suaminya, Abdul Malik Aziz di bahagian punggung.

Saksi yang juga merupakan ahli keluarga suspek menyatakan yang pasangan itu sering bertengkar.  Masalah utama pertengkaran mereka itu adalah berkenaan permintaan Indira yang mahukan suaminya membeli dia kereta mewah tetapi tidak dilayan.  Kes itu masih lagi dalam siasatan.

Abdul Malik dikatakan bertindak menembak isterinya kerana berasa tertekan dengan permintaan isterinya. Malah tuntutan kehidupan isteri terhadap suami tidak sebegitu besar.

Jadi, kepada isteri-isteri yang mahukan suami memenuhi kehidupan mewah dan berlebihan mereka, ingatlah Allah SWT ada menegur perbuatan itu di dalam surah Al Baqarah Ayat 228,

“Dan mereka (para perempuan) mempunyai hak seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma’ruf.” –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *