Thailand Kenakan Cukai Alkohol, Rokok dan Rumah Urut Mulai Minggu Hadapan

Thailand telah menjadi salah satu destinasi percutian yang wajib dikunjungi oleh netizen di Malaysia.  Ini kerana Thailand mempunyai makanan yang lazat, penduduk yang ramah, dan barang-barang yang murah.  Jika anda pergi ke Thailand untuk menikmati alkoholnya yang murah, atau untuk merasai servis urutannya yang santai, ini adalah berita yang sedih untuk anda.

Baru-baru ini, kerajaan Thailand telah mengumumkan cukai eksais yang baru secara rasminya akan berkuatkuasa pada 16 September 2017. Akta cukai itu telah diumumkan pada 20 March yang lalu, semasa National Gazette dan akan dikenakan kepada alkohol, rokok, minuman tidak beralkohol, dan perkhidmatan urut.

Menurut laporan Bangkok Post, kadar cukar baru untuk minuman keras dinilai berdasarkan tahap alkohol, manakala, untuk rokok pula berdasarkan kuantiti dan nilai rokok itu.   Kerajaan Thailand juga dijangka akan mengumumkan kadar itu pada 15 September 2016.

Baru-baru ini juga, Kabinet Thailand telah meluluskan kadar cukai baru itu untuk alkohol, rokok dan perjudian. Cadangan kadar siling cukai eksais pada barang tertentu sebelum ini adalah:

  1. 5 THB (RM0.63) untuk sebatang rokok
  2. 3,000 THB (RM380) untuk satu liter bir
  3. 1,000 THB (RM126) untuk satu servis di sebuah rumah urut
  4. 1,000 THB (RM126) untuk satu meter persegi di kelab malam
  5. 20 THB (RM2.53) untuk satu liter minuman berkarbonat
  6. 20 THB (RM2.53) untuk satu liter diesel.

Namun, tidak perlu bimbang kerana itu tidak bermakna harga runcit bagi barang-barang itu semua akan meninkat mengikut jumlah tersebut. Tetapi, yang ia sebenarnya itu adalah kadar cukai tertinggi yang kerajaan Thailand boleh kenakan.

Thai Residents melaporkan akan ada 80 undang-undang organik yang akan diperkenalkan untuk memastikan pindaan undang-undang baru itu diperiksa. Cukai yang baru itu juga sepatutnya menggabungkan tujuh eksis undang-undang menjadi satu. Menggantikan pengumpulan cukai daripada harga kilang kepada harga peruncit tanpa VAT yang bertujuan untuk menjadi lebih adil kepada pembayar cukai.

Selain itu, kerajaan juga mengatakan yang salah satu faktor berlakunya peningkatan cukai itu adalah kerana ingin mengurangkan penggunaan barang-barang tersebut.–utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *