Tiga maut Taufan Irma badai Florida

MIAMI: Tiga, termasuk seorang timbalan sherif maut dalam kemalangan kereta di Florida ketika Taufan Irma membadai negeri itu dengan angin kencang dan hujan lebat, kata pegawai semalam.

Timbalan Julie Bridges, 42, terbunuh dalam pertembungan di Mukim Hardee, timur Sarasota, awal semalam, kata Sherif Arnold Lanier, kepada AFP.

“Beliau bekerja di pusat perlindungan sepanjang malam dan bergegas pulang untuk mendapatkan bekalan apabila kemalangan berlaku pada jam 6.45 pagi waktu tempatan,” katanya.

Jalan raya basah, katanya, menambah Bridges meninggalkan seorang anak lelaki dan sudah bertugas di jabatan itu selama 13 tahun.

Seorang lagi pemandu, seorang pegawai pemulihan yang dalam perjalanan ke tempat kerja dalam kereta persendirian, juga terbunuh.

Mangsa ketiga ialah lelaki yang meninggal dunia kelmarin berhampiran Key West apabila traknya menghentam pokok, kata Pejabat Sherif Monroe dalam kenyataan. – AFP

Sumber – bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *