Tindakan ini dibuat kerana PPBM amalkan kronisme, pilih kasih melampau – Hasnita

SEREMBAN 14 Sept. – Bekas Penolong Setiausaha Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Hasnita Hishamudin mengisytiharkan keluar parti itu hari ini berkuat kuasa serta-merta.

Dakwa Hasnita, dijangka lebih ramai ahli Srikandi PPBM seluruh negara mengikut keputusannya untuk keluar parti dalam masa terdekat.

“Tindakan ini dibuat kerana parti ini mengamalkan kronisme dan pilih kasih melampau selain elemen-elemen jijik mula masuk ke dalam parti apabila mereka yang rapat dengan pemimpin tertinggi mengatur orang-orang sendiri.

“Jelas sekali ramai yang masuk ke dalam PPBM hanya mementingkan jawatan daripada memikirkan permasalahan rakyat dan ini sama sekali bertentangan dengan propaganda yang dimainkan ketika penubuhan parti,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir bekas Setiausaha PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman.

 

Sumber – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *