Tinggalkan Dunia Glamor, Robert Pattinson Dedah Mahu Hidup Sebagai Gelandangan

Karier Robert Pattinson di persada hiburan Hollywood semakin cemerlang selepas lakonannya sebagai pontianak kacak, Edward Cullen dalam filem Twilight.

Namun, baru-baru aktor berusia 31 tahun itu mendedahkan dia sudah terfikir untuk meninggalkan dunia glamor dan mahu hidup “bergelandangan” di jalanan.

Bekas kekasih Kristen Stewart ini mengaku ingin mengembara dengan sebuah van.

“Saya 100 peratus akan tinggal di dalam van, tapi bukan sembarangan van, ia sebuah ‘stealth’ van!” katanya.

‘Stealth’ van adalah kenderaa yang sering digunakan untuk mengembara dan berkhemah.

Bagaikan rumah minimalis, kenderaan tersebut memuat berbagai kelengkapan asas seperti tempat tidur, televisyen, kerusi, dan sebagainya.

Bintang filem The Lost City of Z ini teruja berkongsi mengenai gambaran ‘rumahnya’ itu.

“Stealth van, tidak seperti tinggal dalam kederaan trailer. Stealth van seperti kenderaan van transit biasa, jadi saya boleh parkir di jalan, tidak ada yang memperhatikannya.

“Saya juga bebas dan saya suka hidup sebegitu.

“Saya masih muda dan inilah kesempatannya,” ujarnya

Namun sayangnya, rancangan Pattinson itu tidak dapat dilaksanakan gara-gara isu insuran.

“Sekali kamu membina tandas dan bilik mandi sendiri, kamu tidak boleh menginsuranskannya dan bla, bla, bla,” katanya lagi.

 

sumber : malaysiandigest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *