Trend Makan Daging Ayam Mentah Membahayakan?

Bagi sesetengah restoran Amerika, idea untuk memakan ayam mentah pastinya akan meningkatkan risiko kemungkinan untuk kena racun salmonella yang sangat bahaya untuk kesihatan badan.  Namun, bagi chef selebriti, Marc Murphy, memakan daging ayam mentah atau ‘chicken sashimi’ adalah menu yang tersedap dia idamkan selama ini.

Melalui akaun Twitternya, Marc meluahkan rasa cintanya kepada ‘chicken sashimi’ dengan memuat naik beberapa gambar ‘chicken sashimi’ buatanya sendiri. Tindakannya itu telah mengundang pelbagai persoalan kepada netizen yang tertanya-tanya adakah makanan itu selamat untuk dimakan?

‘Chicken sashimi’ yang juga dikenali sebagai ‘chicken tartare’ sebenarnya telah lama menjadi menu hidangan beberapa restoran di seluruh dunia.  Meskipun menu itu berasal daripada Jepun, beberapa restoran di Amerika Syarikat juga telah mula menjual hidangan itu.

Namun, kerajaan Jepun sendiri telah memberi peringatan kepada netizennya supaya tidak memakan daging ayam mentah.  Pada bulan Julai yang lalu, Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan Jepun telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi mengatakan keracunan makanan yang berlaku disebabkan memakan daging ayam mentah telah meningkat.

Oleh itu, pihak kementerian kesihatan dengan tegasnya telah meminta netizen di Jepun supaya memasak daging ayam sehingga betul-betul masak atau menghidangkan ayam dengan suhu dalaman 75oC supaya ia selamat untuk dimakan.

Ini kerana ‘chicken sashimi’ juga akan direbus atau bakar selama kurang daripada 10 saat. Profesor Mikrobiologi Makanan dari University of Gergia’s Center for Food Safety, Michael Doyle mengatakan,

Tempoh waktu itu sebenarnya tidak cukup untuk membunuh mikro-mikro berbahaya seperti campylobacter dan salmonella.

Sementara itu, menurut kementerian, bakteria campylobacter yang biasanya ditemui di dalam usus ayam itu adalah faktor utama berlakunya keracunan makanan.  Bakteria itu dipercayai bertanggungjawab terhadap 60% kes keracunan makanan yang terjadi di Jepun.  –utaranews.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *