Tyrese Gibson Rayu Dwayne Johnson Tangguh #HobbsMovie

Los Angeles – Masih ingat akan filem ‘spin-off’ Fast and Furious yang fokus kepada Luke Hobbs selepas kejayaan filem Fate and Furious.  Namun, idea untuk membuat filem ‘spin-off’ Fast and Furious itu ternyata tidak dipersetujui sepenuhnya sehingga berlaku perselisihan faham diantara pelakon filem itu.

Itu yang dilihat sedang berlaku dari aktiviti Instagram Tyrese Gibson yang tidak dapat menerima filem itu dan meminta Johnson menundakan filem yang menfokuskan kepada watak Hobbs itu.

Ini kerana, Gibson tidak mahu kehadiran filem Hobbs itu mengganggu sekuel filem Fast and Furious. Buat masa ini, Fast and Furious 9 dijadualkan keluar pada 19 April 2019, manakala filem Fast and Furious 10 pula pada tahun 2020.

Penolakkan Gibson kepada filem solo Hobbs itu telah ditunjukkan melalui komennya pada salah satu ‘posting’ di Instagram Johnson.  Gibson cuba mengingatkan Johnson mengenai kenangan-kenangan yang dikongsi bersama keluarga Fast and Furious selama ini.

Jika awak masih teruskan dengan #HobbsMovie, awak dengan sengaja telah mengabaikan momen hati ke hati yang kita ada.  Saya tidak mahu dengar apa-apa dari awak sehingga awak ingat apa yang kita bincangkan.  Saya disini kerana awak tidak menjawab mesej saya. #FastFamily adalah satu keluarga.  Kita tidak terbang bersendirian.

Namun, tidak hanya itu, Gibson juga telah membuat satu ‘posting’ panjang khas untuk Johnson.

Saya tidak pernah dan tidak akan pernah mempunyai masalah dengan bintang filem besar ini. Dia adalah abang saya.  Mudah, saya hanya cuba untuk menghubunginya kerana dia tidak mahu menghubungi saya semula mengenai filem solo #HobbsMovie.  Saya mahu awak lakukan. Cuma bukan sekarang kerana tarikh #Fast9 telah diumumkan dan kita tidak patut mengecewakan peminat #FastFamily kita yang setia atau peminat akan menukar jadual tayangannya.  Anda tidak lihat bagaimana (berjaya) #Fast8? Itu sebab kita umum dan tepati tarikh tayangan, bro.

Pada posting kedua pula, Gibson menulis, “Sebaik sahaja awak hubungi saya semula, saya akan padam semua ini.”

Sementara itu, keluarga Fast and Furious ternyata telah mendapat ujian yang berat sepanjang tahun ini.  Sebelum ini, Michelle Rodriguez juga telah mengugut mahu keluar daripada siri terlaris di dunia itu kerana tidak puas hati dengan layanan terhadap watak perempuan yang ditunjukkan dalam filem Fast and Furious sebelum ini. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *