“Umpan” Kekasih Dengan Beg LV Jika Berjaya Habiskan Makanan

Meskipun kita mudah tertarik kepada penampilan seseorang pada awalnya, tetapi seiring dengan waktu, kecantikan dalaman juga yang akan membuatkan kita jatuh cinta pada seseorang itu.

Menurut Chinapress, baru-baru ini sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki bernama Zhang, 26 tahun bersama kekasihnya di dalam satu rancangan televisyen telah muncul semula di Sina. Di dalam rancangan itu kekasih Zhang meluahkan yang Zhang terlalu selalu memaksa dia makan.

Namun, bagi lelaki yang berasal daripada Hunan, China itu, padanya berat badan kekasihnya adalah tidak diingini tetapi bukan gemuk. Ternyata badan kekasihnya kurus, kelihatan cukup sihat sehingga pengacara dan penonton tidak faham mengapa Zhang asyik memaksa kekasihnya makan.

 

Apabila kekasihnya tidak mahu makan, Zhang akan menggunakan pelbagai cara untuk merasuah kekasihnya. Pernah sekali, Zhang berjanji akan membelikan beg Louis Vuitton jika kekasihnya berjaya menghabiskan makanan.

Selain itu, Zhang juga pernah mendapatkan konsultan daripada pakar pemakanan dan akan memastikan kekasihnya itu makan sebanyak mana yang boleh.

Di dalam video itu, Zhang menjelaskan yang dia lakukan semua itu demi kesihatan dan ‘kebaikan’ kekasihnya.  Kekasih Zhang kemudian mengatakan yang dia mengesyaki Zhang mahu dia kelihatan seperti bekas kekasih Zhang, yang versi gemuk dirinya, kerana dia merindui bekas kekasihnya itu.

Tanpa menafikan, Zhang mengakui yang kekasihnya kini mirip seperti bekas kekasihnya, tetapi bekas kekasihnya lebih cantik.  Namun, Zhang akhirnya menjelaskan sebab dia mahu kekasihnya menambah berat badan. Dia lakukan semua itu kerana takut jibunya tidak mahu menerima kekasihnya.

Ibu saya menolak salah seorang bekas kekasih saya sebelum ini sebab dia mempunyai standard yang sangat ketat pada ketinggian dan berat bakal menantunya.  Ibu mengatakan yang jika gadis itu 160cm, berat dia tidak boleh kurang daripada 45kg; dan, jika dia 170cm, tidak boleh kurang daripada 54kg.

Selepas mendenger penjelasan Zhang, hos rancangan itu sangat terkejut dan menyimpulkan yang bukan berat badan gadis itu yang menjadi masalah tetapi Zhang cuba menepati syarat ibunya supaya dia tidak mempunyai kehidupan yang sukar selepas berkahwin.

Namun, semuanya telah berakhir dengan gembira kerana diakhir rancangan pasangan itu telah bercium dan kembali bersama. Video itu, telah mendapat pelbagai komen dari netizen yang bertanya dimana mereka boleh dapat teman lelaki seperti itu,  dan, ada juga yang berharap dapat teman lelaki yang mahu beri mereka beg berjenama kerana menghabiskan makanan, lalu ‘tag’ pasangan mereka.  –utaranews.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *