Universal Picture Umumkan Nama Baru Untuk Insidious 4

Los Angeles – Universal Pictures telah mengumumkan nama baru franchise filem seram terkenal mereka iaitu Insidious.  Menurut Deadline, judul terbaru untuk filem keempat itu adalah Insidious: The Last Key.

Munculnya filem Insidious: The Last Key, ia menandakan kemunculan semula Lin Shaye sebagai Dr Elise Rainer, iaitu seorang ahli ‘parapsychology’ yang berhadapan dengan ketakutannya serta pemburuan peribadi, di dalam rumahnya sendiri.

Incidious: The Last Key akan diarahkan oleh Adam Robitel (The Taking of Deborah Logan) bersama barisan pelakon lain seperti Angus Sampson (Tucker), Caitlin Gerard, Bruce Davison, Tessa Ferrer (Aubrey), Ava Kolker (Elise Rainier Kecil), Marcus Hendeson (Detective Whitfield), Amanda Jaros (Mara), Hana Hayes (Elise Rainer Dewasa), dan Leigh Whannell (Specs).

Sementara itu, filem Insidious (2011) telah diarahkan oleh Wan dan mendapat kutipan sebanyak $97 juta di seluruh dunia, meskipun hanya mengunakan bajet yang sederhana, $1.5 juta.  Sekuel  kedua yang keluar pada tahun 2013 pula adalah kemuncak kegemilangan bagi franchise Insidious dengan jumlah keuntungan sebanyak $161 juta.

Manakala, Insidious: Chapter 3 pula telah ditayangkan pada tahun 2015 dan kini, Insidious: The Last Key bakal keluar dipawagam pada 5 Januari 2018.

Selepas mengumumkan judul rasmi, Universal Picture telah mengeluarkan trailer rasmi Insidious: The Last Key pada hari Selasa lalu dan telah ditonton hampir 2 juta orang pengguna di Youtube.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *