Vietnam berdepan Taufan Doksuri ribut paling kuat dalam sedekad

HANOI – Vietnam hari ini mengarahkan kira-kira 50,000 penduduknya di kawasan pantai di tengah negara ini berpindah ketika Taufan Doksuri menghampiri negara ini dengan pihak berkuasa meramalkan ribut itu boleh bertukar menjadi terlalu kuat dalam tempoh sedekad.

Doksuri dijangka melanda Vietnam tengah hari Jumaat membawa angin kencang dan hujan memaksa pihak berkuasa mengarahkan sebanyak 47,000 penduduk di wilayah Ha Tinh supaya mengosongkan rumah mereka bermula hari ini.

Ribut itu diramalkan membadai empat wilayah dengan membawa hujan lebat dan angin kencang selaju 155 kilometer sejam. – AFP

Sumber – utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *