Wanita Catat Rekod Dunia Dengan Bulu Mata 5 Inci

You Jianxia dari Shanghai, China pertama kali menyedari kepanjangan yang luar biasa pada bulu matanya pada retret alam semula jadi yang dia mulakan pada tahun 2013 lalu.

Menurut Guinness World Records, bulu mata kiri Jianxia yang lahir pada tahun 1968 itu mempunyai kepanjangan 12.4 cm atau kira-kira 4.88 inci. Oleh sebab rekod itu diambil pada 28 Jun 2016, jadi tidak mustahil jika bulu mata Jianxia telah tumbuh lebih panjang daripada rekod itu sepanjang 14 bulan ini.

Ketika di sidang akhbar untuk mempromosi buku Guinness World Record edisi 2018, penerbit Guinness World Record telah kongsi pandangannya mengenai Jianxia yang rekodnya juga termasuk di dalam buku itu.

Menurut penerbit itu, “Jianxia telah meletakkan pertumbuhan itu dibawah hidup yang dibawa mengikut alam semulajadi.  BRB juga telah mengaturkan trip perkemahan untuk menumbuhkan lagi bulu mata dia.”

Selain rekod Jianxia, terdapat beberapa tambahan baru di dalam buku Guinness World Records 2018 yang termasuklah ahli bina badan tertua di dunia, Jim Arrington, 85 tahun dari California; kucing dengan ekor terpanjang di dunia – 17.58cm – milik Cygnus, Silver Maine Coon dari Michigan; serta koleksi patung beruang terbesar di dunia – 8,026 anak patung – yang dimiliki oleh Jackie Miley, 68 tahun dari South Dakota.

Dan, sudah pastinya tidak lengkap rekod Guinness World Records jika tiada rekod kuku terpanjang di dunia yang baru.  Rekod terbaru itu telah dipegang oleh seorang ‘nail artist’ bernama Ayanna Williams, 60 tahun.  Ayanna telah membela kukunya selama 23 tahun dan berjaya mencapai ketinggian hampir  19 kaki.  Ayanna mengambil masa selama seminggu untuk mewarnakan kukunya dan memakai seluar adalah perkara yang paling sukar untuknya lakukan.

Selain itu, Ayanna sangat menjaga kukunya, dia akan membasuh kukunya mengunakan sabun antibakteria setiap hari dan mengelak daripada membasuh pinggan mangkuk. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *