Wanita Tahu Identiti Sebenar ‘Tunang’ Selepas 7 Tahun Bercinta

Pratama, 30 tahun dan Wilis Setyowati, 27 tahun merancang mahu berkahwin pada 5 September lalu tetapi, perancangan murni pasangan itu telah terhenti berikutan terbongkarnya satu rahsia yang sangat mengejutkan.

Menurut Detik, perkahwinan mereka itu ditangguhkan selepas keluarga Wilis mendapati yang Pratama itu sebenarnya adalah seorang perempuan, yang bernama Nova Aprida Avriani.  Perkahwinan sama jantina adalah haram di Indonesia dan meskipun pasangan itu tidak jadi berkahwin, Nova tetap ditahan kerana telah memalsukan dokumen.

Identiti sebenar Nova terbongkar apabila dia menghantar borang permohonan perkahwinan ke Pejabat Hal Ehwal Agama dengan mengunakan nama lelaki di dalam borang.  Ketua Unit Siasatan Jenayah Purworejo berkata,

Kami telah menahan Nova kerana meragui dia telah memalsukan dokumen.

Oleh sebab tindakan undang-undang telah dilakukan terhadap Nova, dia boleh berhadapan dengan hukuman penjara selama 6 tahun.

Apa yang lebih mengejutkan adalah, Wilis dan Nova telah bercinta selama 7 tahun tetapi dia tidak pernah tahu yang Nova itu sebenarnya adalah seorang perempuan sehingga pengawai perkahwinan dan keluarganya ketahui semua itu.

Sejak itu, Wilis berasa sangat tertekan dan enggan bercakap dengan sesiapa pun kerana berasa malu. Nova juga dikatakan telah pergi melamar di rumah Wilis secara bersendirian tanpa membawa keluarganya, meskipun mengikut tradisi Indonesia, pengantin lelaki perlu bawa keluarganya bersama ketika datang meminang.

Ayah Wilis menjelaskan, “Wilis adalah seorang gadis yang baik, naif, walaupun mereka telah bercinta selama 7 tahun, mereka tidak pernah lakukan apa-apa.  Sebab itulah, sehingga ke hari itu, dia tidak tahu yang tunangnya itu sebenarnya seorang wanita.”

Ini pasti sangat menyakitkan untuk Wilis dan keluarganya. Harap Wilis boleh pulih dari kelukaan itu dan mulakan hidup yang baru. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *