Zayn Malik Mengaku Tidak Pernah Bercakap Dengan Harry Styles

Los Angeles – Sejak meninggalkan One Direction pada tahun 2015 lalu, Zayn Malik tidak menyimpan sebarang pandangannya terhadap bekas ahli kumpulannya, tidak kira di dalam temu bual ataupun di media sosial.

Di dalam satu temu bual baru-baru ini, Zayn Malik telah mendedahkan sebab mengapa dia jarang bersuara mengenai Harry Styles.

Sejujurnya, saya tidak pernah bercakap dengan Harry malah ketika kami masih di dalam satu kumpulan.  Jadi, saya tidak berharap mempunyai banyak hubungan dengannya ketika saya keluar.  Dan, sejujurnya, tidak pernah ada.

Meskipun tanpa Styles, Zayn masih lagi berhubung dengan ahli kumpulan yang lain.  Penyanyi berusia 24 tahun itu dan Payne dilihat telah bertukar ‘tweet’ pada hari ulang tahun One Direction pada tahun 2015, dan Louis Tomlinson baru-baru ini juga mengisytiharkan yang pertengkaran dia dengan Zayn telah berakhir.

 Kami masih berhubung.  Semuanya masih ditahap normal, walaupun tidak seperti dahulu. Dulu kami habiskan masa 24 jam sebagai kumpulan tetapi kini tidak lagi.

Zayn juga tidak menolak jika dia bakal bergabung kembali dengan One Direction. Kekasih Gigi Hadid itu mengatakan yang dia sentiasa terbuka untuk bersatu semula dengan One Direction suatu hari nanti.

Siapa tahu? Saya pernah katakan sebelum ini, Jangan pernah kata tidak. Jika saya ingin kembali dalam masa 10, 15 tahun, jadi ya, kenapa tidak? Saya tidak tahu. Ia bergantung kepada perasaan saya pada waktu itu.

Sementara itu, Zayn baru sahaja mengeluarkan lagu kolaborasinya dengan penyanyi ‘Chandelier, Sia di dalam lagu ‘Dusk Til Dawn’. –utaranews.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *