13 terbunuh rusuhan di penjara Mexico

MEXICO CITY – Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dalam rusuhan yang berlaku di sebuah penjara di negeri Neuvo Leon di utara Mexico yang dihentikan apabila pasukan keselamatan masuk campur bagi menghentikan keganasan itu.

Menurut jurucakap penjara, pergaduhan di penjara Cadereyta dekat bandar Monterrey itu berlaku semalam.

Berita pergaduhan itu memaksa ahli keluarga banduan menunggu di luar premis penjara sementara menunggu berita tentang nasib tahanan.

Jurucakap pasukan keselamatan negeri Nueva Leon, Aldo Fasci berkata, tunjuk perasaan oleh banduan semalam menjadi tidak terkawal dengan seorang tahanan dibunuh manakala beberapa orang pengawal dijadikan tebusan. – REUTERS

Sumber – utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *