20 maut ribut tropika menyerang di Amerika Tengah

MANAGUA: Sekurang-kurangnya 20 maut selepas ribut tropika menyerang Nicaragua, Costa Rica dan Honduras di Amerika Tengah, semalam.

Kekuatan ribut yang diramal mencecah tahap taufan kategori ketiga bakal melanda selatan Amerika Syarikat dalam tempoh kurang dua bulan, sekali gus memaksa Louisiana dan New Orleans bersiap sedia menghadapi ancamannya.

Insiden itu memaksa Costa Rica menutup sekolah dan pejabat kerajaan, manakala Nicaragua bergelut dengan banjir lumpur yang menenggelamkan jalan raya, sungai dan menjejaskan sistem perhubungan.

Naib Presiden Nicaragua, Rosario Murillo, mengesahkan 11 terbunuh, manakala tujuh lagi dilaporkan masih hilang.

Pihak berkuasa Costa Rica pula berkata, sekurang-kurangnya enam maut, iaitu empat warga Costa Rica, termasuk seorang kanak-kanak, dan dua pekerja ladang warga Nicaragua.

Selain itu, sekurang-kurangnya 15 lagi masih hilang.

Di Honduras, pihak berkuasa mengesahkan tiga penduduk maut dalam kejadian itu. – AFP

Sumber – bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *