22 penuntut Institut Teknologi Kanpur di India digantung pengajian kerana buli

NEW DELHI – INDIA. Seramai 22 penuntut sebuah institut teknologi utama di India dikenakan tindakan digantung pengajian kerana membuli pelajar junior, lapor agensi berita China Xinhua.

Kejadian berlaku baru-baru ini di kampus Institut Teknologi Kanpur (IIT) di Uttar Pradesh di utara India.

Daripada jumlah itu, seramai 16 penuntut digantung selama tiga tahun manakala enam lagi selama setahun.

“Semua penuntut berkenaan tidak dibenarkan tinggal di kampus. Mereka boleh meneruskan pengajian selepas tamat tempoh penggantungan.

Tindakan itu sebagai pengajaran kepada yang lain agar tidak mengulangi perbuatan sama,” kata professor institut berkenaan Manindra Agarwal kepada media pada Selasa

Di bawah undang-undang India, perbuatan membuli di institusi pendidikan adalah dilarang sama sekali dan Mahkamah Agung memberikan kuasa kepada pentadbir institusi untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelaku.

Difahamkan perbuatan membuli membabitkan penderaan fizikal terhadap penuntut junior sering berlaku di institusi pengajian tinggi di India namun kebanyakan mangsa tidak melaporkannya. – Bernama

Sumber – sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *