37 terbunuh 40 hilang, banjir dan tanah runtuh di Vietnam

HANOI: Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh dan 40 mangsa lain hilang, selepas banjir dan tanah runtuh memusnahkan kawasan utara dan tengah Vietnam, kata pihak berkuasa bencana, hari ini.

Hujan lebat melanda sebahagian besar kawasan di negara itu, minggu ini. Difahamkan wilayah utara Hoa Binh paling teruk terjejas dengan 11 maut dan 21 hilang.

“Kami menggerakkan semua pasukan keselamatan untuk mencari mangsa hilang,” kata pegawai bencana di wilayah itu kepada AFP menerusi telefon.

Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Vietnam memaklumkan, sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh di seluruh enam wilayah, ketika pihak berkuasa bertungkus lumus mencari mangsa hilang. – AFP

Sumber- bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *