46 maut, 40 hilang banjir dan tanah runtuh di Vietnam

HANOI  – Sekurang-ku­rangnya 46 orang terkorban manakala 40 lagi hilang dalam kejadian banjir dan tanah runtuh yang melanda kawasan utara serta tengah negara ini.

Hujan lebat sejak minggu ini menyebabkan kawasan utara wilayah Hoa Binh terjejas teruk, mengakibatkan banyak kehila­ngan nyawa.

“Kami mengerahkan semua pihak untuk mencari mangsa yang hilang,” jelas pegawai bencana di wilayah itu kepada AFP melalui perbualan telefon.

Sementara itu, seorang wartawan Vietnam Press Agency diha­nyutkan arus deras di wilayah Yen Bai semalam dan pihak berkuasa masih berusaha mencari mangsa.

Rakaman gambar dikeluarkan oleh media tempatan menunjukkan orang ramai meredah laluan yang dinaiki air dan kawasan hutan yang terjejas akibat tanah runtuh di beberapa kawasan.

Sumber – utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *